top of page
Writer's pictureMima Sis

ALAMAK, BATAL PUASA KE NI?



 

1.Makan dan minum dengan sengaja


Namun, sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah. Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya:

”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”

- (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)-


2.Keluar darah haid dan nifas


Aisyah r.a pernah ditanya mengenai keadaan wanita haid. Adakah dia perlu mengqadak puasa atau hanya mengqadak solatnya? Jawab beliau:

Maksudnya:

” Kami (isteri Nabi s.a.w) juga pernah mengalami perkara itu. Oleh itu, kami diperintahkan mengqadak puasa tetapi tidak disuruh mengqadak solat.”

- (Hadis Riwayat Muslim)-


3.Muntah dengan sengaja


”Sesiapa yang muntah (secara tidak sengaja) dalam keadaan berpuasa, dia tidak perlu mengqadaknya. Tetapi sesiapa yang sengaja memuntahkannya, dia wajib mengqadak puasa.”

-(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)-


4.Bersetubuh pada siang hari


Apabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di daam Sahih al-Bukhari dan Muslim.


a)Membebaskan seorang hamba yang beriman.

b)Wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut

c)Memberi makan kepada 60 orang miskin.


Ulama berbeza pendapat mengenai isteri yang tidak redha dengan permintaan suami untuk bersetubuh. Pendapat paling tepat, dia hanya perlu mengqadak puasanya sahaja dan tidak dikenakan kaffarah.


5.Mengeluarkan air mani dengan sengaja


” Rasulullah s.a.w biasa mencium dan memeluk isterinya dalam keadaan berpuasa. Tetapi, baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.”

- ( Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)-


6.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut.


Dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok.


7.Gila.

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page