top of page
Writer's pictureNurul Nadhirah

MEDAN PERJUANGAN KITA




 

Medan perjuangan kita di sini tidak sama seperti mereka yang berada di Palestin.


Kemenangan umat islam bukan lah semata-mata hanya dapat menguasai Baitulmaqdis tetapi perlulah menyeluruh. Semua umat Islam mesti diajak untuk sedar ke arah Islah dan Musleh. Memperbaiki diri, dan berusaha memperbaiki keluarga dan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Isra'.


APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN SEMENTARA UMAT ISLAM DAN TENTERA-TENTERA ALLAH BERJUANG DI SANA?


  • Teruskan berdoa. Selitkan doa qunut Nazilah dan doakan agar Allah memberi kekuatan kepada umat Islam di sana.


  • Lazimi diri kita dengan tilawah Al-Quran. Sempatkan diri kita menghafaz sepatah dua ayat Al-Quran. Berusahalah untuk membaca terjemahan dan membelek tafsir untuk penghayatan yang lebih baik.


  • Berusaha untuk menjauhi maksiat, kerana maksiat akan menjauhkan diri kita dari Rahmat Allah. Doa orang yang suka melakukan maksiat tanpa ada rasa insaf untuk bertaubat, tidak dikabulkan.


  • Update dengan perkembangan sesama umat Islam di Palestin. Sebarkan maklumat yang benar demi kesedaran umat Islam di sekitar kita. Ajari anak-anak tentang sejarah yang melibatkan tanah suci umat Islam, sebab musabab mengapa orang Yahudi ingin merampasnya.


  • Teruskan beramal soleh dan melakukan kebaikan kepada masyarakat. Perjuangan kita di Malaysia ini yang paling besar ialah menyedarkan umat, memperbaiki masalah-masalah domestik dan kekeluargaan.


Sumber: Instagram posts @Tadabbur_centre



20 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page