top of page
Writer's pictureNurul Nadhirah

IMUNITI KELOMPOK




 

APA ITU IMUNITI KELOMPOK?

Imuniti kelompok atau herd immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan sesuatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENCAPAI IMUNITI KELOMPOK?

Cara yang terbaik adalah melalui vaksinasi.


APA ITU VAKSIN?

Vaksin mengandungi antigen yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.


Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.


BAGAIMANA CARA IMUNITI KELOMPOK BERFUNGSI?

Imuniti kelompok hanya berfungsi sekiranya kebanyakan orang dalam populasi telah diberi imunisasi. Contohnya,19 daripada setiap 20 orang perlu mendapat imunisasi measles untuk melindungi individu yang tidak diberi imunisasi terhadap penyakit measles. Jika ramai individu dalam satu populasi tidak mendapat imunisasi, imuniti kelompok tidak dapat dicapai dan jangkitan mudah merebak.


HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN MENURUT ISLAM.

Menurut mufti wilayah persekutuan dalam laman webnya, pengambilan vaksin adalah diharuskan akan tetapi ia boleh jatuh kepada hukum wajib sekiranya pihak berkuasa mewajibkan program imunisasi ke atas rakyat yang berada di bawah wilayah kekuasaanya dengan kos yang ditanggung oleh pihak berkuasa, bagi mengekang penyebaran penyakit berjangkit.


KESIMPULAN

Segera dapatkan vaksinasi untuk diri anda atau anak anda sekiranya belum divaksin untuk melindungi diri dan komuniti.


SOURCE:




 






18 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page