top of page
Halimatun Saadiah

RAMADAN: APA DAN UNTUK APA?



 

APA ITU PUASA?


  • Dari segi bahasa : Menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan

  • Dari segi syarak : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.


BILA PUASA DISYARIATKAN?


Puasa ramadhan difardhukan pada bulan syaaban tahun kedua hijrah.


DALIL?


  • Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqarah : 183)


  • (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 184)


KALAU TAK PUASA SAJA2?


Haram


KENAPA NAK KENA PUASA?


  • Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah Azzawajalla.

  • Ramadhan adalah bulan suci dibandingkan dengan semua bulan dalam satu tahun.

  • Membersihkan jiwa dan menghaluskan perasaan perasaan manusia daripada perkara-perkara yang mungkar.

  • Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. 



 


sumber : https://www.ahmadrushdi.com/puasa-takrif-pensyariatan-dan-rahsia/


10 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page