1. AL- KHAWARIZMI
LATAR BELAKANG
Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi
Dikenali juga dengan nama : Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff
Tempat lahir : Bukhara, Uzbekhistan
Tahun lahir : 780 Masihi
Pencapaian :
Mahir dalam pelbagai bidang seperti bidang syariat, falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah islam dan kimia.
Beliau merupakan seorang guru aljabar di Eropah.
Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi.
Beliau merupakan seorang penulis Ensiklopedia pelbagai disiplin.
PERANAN DAN SUMBANGAN
Bidang Matematik
Al-khawarizmi memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab. Beliau juga merupakan orang pertama yang memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Perkembangan ini telah menyebabkan ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus, dan sebagainya.
Al-khawarizmi dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah). Hasilnya, banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Beliau juga telah berjaya menghasilkan pelbagai karya dalam bidang matematik seperti Al-Jabr wa'l Muqabalah, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah dan juga Sistem Nombor. Buku aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12M ke ke-13M.
Beliau juga telah berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam bidang aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua, pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.
2. AL-ZAHRAWI
LATAR BELAKANG
Nama sebenar : Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi
Dikenali di barat sebagai : Abulcasis
Digelar : Bapa Bedah Moden
Tempat lahir : Zahra, Cordova
Tahun lahir : 936 M
Pencapaian :
Dikenali sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan sehingga digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden".
Beliau juga pakar dalam bidang pergigian.
Beliau berjaya menghasilkan pelbagai jenis karya yang sentiasa menjadi rujukan pada masa kini.
SUMBANGAN
Bidang Pembedahan
Al-Zahrawi memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian. Antara tiga alat yang terkenal ciptaan Al-Zahrawi ialah alat pemeriksaan luar telinga, alat pemeriksaan luar uretra dan alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong. Bukan itu sahaja, beliau juga telah memperkenalkan teknik pembakaran tisu dalam 50 jenis pembedahan yang berbeza.
Dalam bidang pergigian, beliau telah berjaya menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dan juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu. Al-Zahrawi juga merupakan orang pertama yang memperincikan pembedahan kanser payudara, batu karang dan pembuangan ketumbuhan tiroid.
Sebagai tambahan, Al-Zahrawi telah memberikan sumbangan yang banyak terhadap penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. Beliau juga menjadi orang yang pertama memperincikan mengenaik hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
Hasil karya
Ensiklopedia yang terkenal hasil penulisan Al-Zahrawi ialah 'Kitab al-Tasrif' yang berjumlah 30 jilid. Kitab ini telah menjadi panduan kepada doktor-doktor pembedahan sepanjang abad. Dalam kitab ini, beliau telah memberi penjelasan secara terperinci dan tersusun mengenai perubatan Islam. Pada jilid terakhir buku ini terdapat ilustrasi lebih daripada 200 alat pembedahan yang mana kebanyankannya dicipta sendiri oleh beliau.
Kitab al-Tasrif ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerald Cremona pada Zaman Pertengahan dan telah dicetak dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Beberapa edisi buku ini telah diterbitkan di Venice (1497 M), Basel (1541 M) dan Oxford (1778 M) dan telah diiktiraf sebagai teks rasmi pembedahan di universiti-universiti di Salerno, Itali, Montpellier di Perancis dan beberapa buah universiti di Eropah untuk hampir 5 kurun lamanya.
3. IBNU KHALDUN
LATAR BELAKANG
Nama sebenar : Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al- Hadrami.
Tempat lahir : Tunisia
Tahun lahir : 1332M
Keturunan : Arab yaman
Pencapaian :
Beliau dianggap sebagai seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman.
Mahir dalam pelbagai ilmu termasuk ilmu agama.
Beliau telah menghafaz Al-Quran sejak dari kecil.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting seperti:
Ahli Persuratan di Istana Faz
Menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri)
Menjadi kadi dan khatib
Menjadi orang tengah antara perang perebutan uasa kerabat diraja
Menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir
Sifat keperibadian :
Tekun mencari ilmu
Kuat ingatan
Berjiwa pemimpin
Kreatif
Bijak berpidato
SUMBANGAN
Bidang ilmu dan pemikiran islam
Ibnu Khaldun telah berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan. Beliau memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun iaitu sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dan jasmani. Beliau juga merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Hasil Karya
Beliau telah berjaya menghasilkan sebuah karya agung dalam bidang pensejarahan iaitu Al-Muqaddimah. Menurut B.lewis buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan dan buku ini banyak membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah.
Bapa Ekonomi Islam
Ibnu Khaldun dikenali sebagai 'Bapa Ekonomi Islam' kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat seperti Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823).
Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting di dalam proses pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu untuk mengawal tahap produktiviti.
Comments