top of page

BE A BETTER VERSION OF YOU

Updated: Mar 11, 2021





 


Menjadi versi diri kamu yang terbaik.


Bila berkata tentang diri semestinya kita perlu fokus pada diri kita, bukan pada diri orang lain.


Setiap orang ada fokus dan target masing-masing dalam hidup. Begitu juga dengan kita. Walaupun nampak tak besar mana pun setiap perubahan yang kita buat di mata orang, sekali lagi diulangi, ini tentang diri kita. Kita yang ingin nikmati hasilnya. Dan tentu sekali pengorbanan yang kita buat untuk diri kita capai sesuatu tu kita je yang tahu perit jerih nya. Jadi teruskan dan cuba untuk ubah diri.


Kita tahu potensi dan kekurangan kita. Kita nak berubah jadi lebih baik. Jadi teruskan berjalan. Walaupun kadang kita ni banyak sangat overthinking dan negatifnya. Bila dah tahu macam tu, cari orang sekeliling yang positif dan yang boleh beri kata kata semangat pada kita bila kita dah start negatif.


Nak jadi yang lebih baik kan? Memang banyak ujiannya, banyaknya ujian tu la nak jadikan kita lagi kuat. Nak kita banyak ingatkan diri, nasihatkan diri, muhasabah diri, dekatkan diri dengan tuhan.


Sesetengah orang, dia terlalu dengar apa yang orang kata tentang dia, dan kata-kata orang tu dia pendam dan buat dia jatuh dan tak berani nak ubah diri. Come on dear, kita boleh dan semestinya layak untuk jadi yang terbaik.. Biarkan rasa takut yang kita rasa bila nak buat sesuatu perubahan pada diri tu menjadi sebagai kekuatan. Kita tahu kita tak berani, tapi kita buat juga sesuatu benda tu sebab kita nak cabar diri. You did great!!


Murabbi saya pernah pesan. Kalau 100 orang percaya pada kita tapi kita yang seorang ni, tak percaya pada diri, tak bermakna apa apa. Tapi kalau kita yang seorang ni percaya pada diri, dan ada 100 orang yang tak percaya pada kita, ingat, kita mampu mengubah dunia.


Apa pun, selagi kita hidup jangan berputus asa, teruskan untuk jadi yang terbaik. Ingat, jadi versi yang terbaik untuk diri kita bukan untuk orang lain.


Kerana kita adalah watak utama dalam hidup kita❤️



Comments


Thanks for submitting!

bottom of page