Kalau cinta , rindu untuk bertemu .
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu ( solat ) dengan Allah ?
Kalau cinta , suka apabila disuruh . Bagaimana sikap kita sewaktu diperintah menutup aurat , menjauhi zina dan lain-lain ?
Tidak malukah kita ? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia ?
Andainya kita risau , orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain , ingatlah kita ini siapa . Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya . Layakkah kita merisaukannya . Ingatlah , jodoh itu ketentuan tuhan , kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya . Apa guna bercouple ? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita . Elakkan . Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina . Dan Allah sendiri telah berfirman :
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin itu indah . Kerana apa yang haram untuk dibuat , halal untuk kita lakukan terhadapnya . Simpan diri untuk yang halal . Bila hati diuji kerana fitrah , peganglah pada prinsip : ‘ hati itu ibarat balang gula-gula .’
Wanita , peliharalah cintamu untuk yang halal . Memendam itu berjihad . Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah . Kita wanita , senang menuju ke syurgaNya .
Comments