top of page
Floverdose.

VALENTINE’S DAY SO SWEET?



“Awhhh, cutenya Valentine’s Day”

“Banyaknya bunga cantik-cantik untuk lovebirds”

“Hari ni adalah hari untuk berkasih sayang, Yeay!”



APA VALENTINE’S DAY NI?

Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun dan dianggap sebagai “keramat” bagi semua pasangan kekasih. Pada hari tersebut akan terjadinya pengisytiharan cinta (harap bersabar), pertukaran hadiah dan yang paling masyhur adalah sesi pemberian coklat yang tulus dari hati (mohon bersabar lagi). Hari Kekasih ini biasanya disambut oleh pasangan yang belum berkahwin.


MANA DATANG PULAK HARI NI?

Valentine’s Day adalah upacara keagamaan Kristian yang berkait dengan Saint Valentine. Ia merupakan simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan bagi penganut Kristian. Sejarah paling popular yang berkisarkan tentang Saint Valentine ini adalah berkaitan dengan St. Valentine’s Day yang juga dikenali sebagai The Feast of Saint Valentine. Ia adalah perayaan penganut agama Kristian bagi mengenang seorang tokoh Kristian bernama Valentinus yang dipercayai hidup di zaman Roman Empire di mana pada 14 Februari tersebut adalah tarikh kematiannya. St. Valentine telah mengahwini Christians yang dilarang berkahwin pada ketika itu. Kini, sejarah hari tersebut bertukar menjadi hari pasangan kekasih di mana mereka menyatakan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah.


MUFTI KATA APA?

Sambutan Hari Kekasih ini adalah budaya masyarakat bukan Islam yang buruk dan kita sama sekali dilarang untuk menyambutnya. Sabda Nabi SAW:


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka.”

(Riwayat Abu Daud, no. 4031)


“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa sambutan ini adalah diharamkan di dalam Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan bahawa ia memang membawa kepada budaya maksiat dan perzinaan disamping menyerupai budaya yang buruk yang luar daripada ajaran Islam. Bahkan, hubungan luar nikah yang menjadi fokus utama bagi anak muda tatkala Hari Kekasih. Hal ini turut ditegah oleh agama-agama lain yang wujud di Malaysia. Ini membuktikan bahawa penduduk dunia secara majoritinya masih melihat hubungan luar nikah sebagai satu perkara yang tidak dapat diterima.


Kami nukilkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam



21 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page