Ya, petikan di atas adalah sangat benar, di saat kita dipulaukan atau di tinggalkan oleh dunia dan seisinya samada kerana salah dan silap kita sendiri, ataupun, entah lah dengan dunia yang penuh dengan misteri ini, tiba-tiba tertinggal satu manusia yang masih berada di sebelah kita, yang masih mahu mengusap-usap belakang kita, sambil memberi kata-kata semangat “Bangkitlah wahai kawan, kau adalah manusia yang kuat, sesungguhnya Allah itu Maha Tahu, Dia tahu akan apa yang sedang dialami oleh hamba-Nya”.
Pada ketika itu, kita mendongak kan kepala, melihat ke arah wajah si penutur kata. Lalu kita bersoal “Aku ini telah membuat sesuatu yang menyebabkan manusia lain memandang serong ke arah aku, lalu mengapa kau masih di sini di sebelahku?”. Lalu si pengusap belakang menjawab “Kitakan kawan”, dengan senyuman yang manis, yang tulus, yang datangnya dari hati. Lalu mengalir lah air mata yang sememangnya di tahan-tahan sejak tadi kita dipulau manusia.
Comments